May 29, 2007

Apa itu “Consonants”?

Konsonan ialah terma dalam Bahasa Melayunya. Konsonan terdiri daripada huruf-huruf abjad yang tidak mengandungi a e i o u.


Sila klik link di bawah untuk melihat rajah konsonan.

http://cla.calpoly.edu/~jrubba/phon/learnipa.html

Sila klik link di bawah untuk mendengar bunyi bagi setiap konsonan.

http://esl.about.com/library/listening/blIPAconsonants.htm


Nampak macam susah? Anda tidak perlu bimbang kerana konsonan tidak memberikan banyak masalah. Bunyi kosonan memang selalu anda sebutkan dalam perbualan dan bentuknya selalu anda tulis setiap hari kecuali beberapa simbol unik yang menjadi kegemaran saya iaitu bentuk cacing dan “n” berekor! :-)

Kita akan bertemu lagi dalam kelas keempat dengan tajuk akhir iaitu “diphtongs.”

Untuk makluman, latihan-latihan untuk teknik sebutan ini hanya akan diberikan kepada “subscribers” blog ini sahaja. Jadi,tunggu apa lagi! “Subscribe” lah sekarang.
Comprehension & Vocabulary: Drawing Shapes

Good morning! How are you today? Would you like to spend your little time with me? Today, I’m going to introduce you to some geometric shapes and you are to draw a simple picture using them. How does it sound? Easy? Great!

Before you start, you need to see the shapes that you will be drawing. Study the following shapes and I will instruct you what to draw then.



























Done? Good! As you learn some geometric shapes, you are also expanding your vocabulary.

Without further due, let’s start the game! Please follow my instructions. What? You got a problem? Alright, if you are uncertain about the instructions, you can always refer to the pictures above. I wish I could help or talk to you but surely it’s impossible here.;-)

Instructions:
1. Draw a circle at the top on the left of the page.
2. Draw a diagonal line inside the circle.
3. Draw a circle at the top on the right of the page.
4. Draw a triangle in the middle of the page.
5. Draw a long zig-zag line at the bottom of the page.

Please compare your drawing with your friends’ to discover the answer. Now, what do you see? A picture of me? ;-)

I’ll give you the answer soon. Have a nice day! :-)



May 08, 2007

#Book Review 1

Memaparkan himpunan peribahasa Melayu yang dipadankan dengan peribahasa Inggeris yang sinonim dengnnya. Mengandungi 1160 peribahasa Melayu-Inggeris yang lazim digunakan. Disertakan juga definisi yang menggunakan bahasa Melayu semasa supaya mudah difahami. Glosari dan Indeks turut terdapat di akhir kamus ini. Sesuai untuk pelajar, penulis, wartawan dan penterjemah.
Need details? Click the book.
Kamus Peribahasa Melayu-Inggeris
#Book Review 2

Berdasarkan kajian didapati penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi tempatan hari ini masih belum dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik walaupun didedahkan dengan pembelajaran bahasa Inggeris sejak di sekolah rendah lagi. Apa silapnya?
Need details? Click the book.
Cepat Pandai Bahasa Inggeris Edisi Kemas Kini
English Sound System: Consonants, Vowels, and Diphtongs


Selamat petang,semua!

Selalunya saya menulis waktu pagi tetapi kali ini dah dekat nak senja. Bagaimana anda hari ini? Ada perkara menarik berlaku hari ini? Kalau ada, bolehlah berkongsi cerita nanti ya.

Baiklah, kita sambung kelas senja kita kali ini dengan jenis-jenis simbol fonetik. Oh, ya! Sudahkah anda kenalpasti dimana letaknya “phonetic guide” di dalam kamus anda? Jika anda tidak jumpa bahagian ini, kemungkinan besar kamus anda bukanlah “standard dictionary” seperti Cambridge Dictionary ataupun Longman Dictionary. Mungkin juga kamus anda adalah dwibahasa.

Untuk makluman, semua sebutan dalam Bahasa Inggeris adalah terhasil daripada 26 huruf yang membentuk 44 bunyi. Bunyi-bunyi ini datang dalam bentuk-bentuk berbeza di antara satu sama lain yang dikenali sebagai “phonetic symbols.”

Simbol-simbol fonetik ini saya klasifikasikan kepada 3 kumpulan:

i) Vowels
ii) Consonants
iii) Diphtongs


Apa itu “Vowels”?
“Vowels” ialah huruf-huruf seperti a e i o u. Sila klik link di bawah untuk mengenalpasti bentuk dan bunyi yang dihasilkan oleh setiap vowels. Fokus pada bentuk dan latih sebut berkali-kali.

http://esl.about.com/library/listening/blIPAvowels.htm


*Diphtongs: the sound made when one syllable (sukukata) contains two vowel sounds.
Example: ai / ei


Latih Tubi 1: LAKAR BENTUK

1. Ambil kertas dan tuliskan kembali simbol-simbol vowels yang anda lihat dari link sebentar tadi. Jangan rujuk link, kecuali anda telah tuliskan kesemua simbol.

2. Rujuk dan periksa simbol-simbol anda dengan jawapan di link.

3. Kira berapa peratus anda perolehi untuk simbol-simbol tepat.

4. Jika kurang daripada 50%, anda boleh ulangi langkah 1-4 sehinggalah anda mahir dan perolehi 70% ke atas.

5. Anda dinasihatkan jangan sesekali rujuk link, kecuali anda telah selesai melakar kesemua atau hampir keseluruhan bentuk simbol vowels.

6. Jangan putus asa!

7. Jangan malas! :>


Latih Tubi 2: SEBUTAN & BENTUK

1. Copy paste simbol-simbol vowels dan print out.

2. Perhatikan simbol-simbol yang telah anda cetak. Cuba sebut setiap simbol satu persatu tanpa rujuk link.

3. Ingat! Sebut dahulu, baru boleh klik link ya.

4. Ulangi latihan ini dari langkah 1-3, bertubi-tubi sampai anda mahir.

Sampai di sini sahaja untuk hari ini. Saya harap anda berlatih mengenalpasti vowels ini sampai mahir. Bercakap pasal mahir, latihan ini mungkin mengambil masa dalam seminggu atau lebih jika anda tidak punyai masa. So take your time. Saya akan menyusul lagi dengan topik consonants di kelas ketiga kita.

Jaga diri! Assalamualaikum.
Tip: Redundant Expressions

This small number of redundant expressions is very commonly heard in Malaysian English. It would be preferable to avoid them.

Malaysian English
The house is blue in colour.
She is large in size.
My uncle is big-sized.

Standard English
The house is blue.
She is large.
My uncle is big.
Words of the Week

1. empower: memperkasakan / memperkuatkan

2. scrutinize: meneliti

3. scruffy: selekeh, kotor, lusuh

4. obnoxious: biadap, bongkak

Click this link to learn more new words:
http://encarta.msn.com/encnet/features/dictionary/dictionaryhome.aspx

May 06, 2007

Pengenalan: Kamus Monolingual (Satu Bahasa)

Assalamualaikum and Good Day,

Tahukah anda bahawa kamus “monolingual,” ataupun kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Inggeris (English-English) mempunyai banyak kelebihan dari kamus dwibahasa (English-Malay)?

Kamus “monolingual” (English-English) mempunyai banyak maklumat mengenai sesuatu perkataan dari aspek sebutan (pronunciation), ejaan (spelling), kategori (parts of speech), asal (etymology), perkataan lawan (antonyms), perkataan serupa (synonyms) dan contoh ayat (example sentence).

Sebaliknya, kamus dwibahasa atau “bilingual” (English-Malay) lebih menitikberatkan terjemahan maksud sahaja. Ringkasnya, anda tidak memperolehi banyak maklumat mengenai sesuatu perkataan dari kamus dwibahasa ini. Sekarang, cuba anda bandingkan kedua-dua jenis kamus ini. Yang mana satu lebih banyak maklumat mengenai perkataan yang anda cari? Mungkin anda akan berkata, “Ah, tak kisahlah. Asal tahu maksud, dah ok.” Betul. Saya setuju dengan kata-kata anda tetapi bukankah kita hendak belajar sebutan bersama-sama? :>

Sila rujuk bahagian berlabel yang mewakili 5 bahagian utama kamus “monolingual”.

(1)con•cur (2)/kәn kur´/ (3)vi.-curred´, -cur´ring (4)[ME. concurren L.concurrere, to run together(5) 1. to occur at the same time; happen together; coincide
2. to combine in having an effect
3. to agree (with); be in accord ( in an opinion, etc.)-SYN. see CONSENT


Kamus satu bahasa (English-English) mempunyai 5 bahagian utama:

1. the main entry (sukukata perkataan)
2. the pronunciation (sebutan)
3. the part or parts of speech (kategori perkataan: nouns, verbs, adjectives etc.)
4. the etymology or word history (asal usul perkataan)
5. the definitions (maksud)

Mungkin anda rasa penjelasan ini terlalu kompleks. Jangan risau, saya cuma memperkenalkan bahagian-bahagian asas sahaja dan untuk mempelajari teknik sebutan, fokuskan tumpuan anda pada bahagian 2 sahaja yang terdiri daripada simbol-simbol fonetik. Melalui gabungan simbol-simbol fonetik inilah anda akan mampu menghasilkan sebutan yang tepat.

Saya akan menerangkan kepada anda jenis-jenis simbol dan bunyinya di bahagian kedua nanti. Yang paling best, anda akan mampu menulis nota rahsia dengan menggunakan simbol-simbol ini! Tiada siapa yang tahu mesej anda kecuali individu yang belajar di blog ini!

Saya galakkan anda meneliti, membelek atau melihat bahagian 2 “phonetic guide” bagi pelbagai perkataan yang ada di dalam kamus satu bahasa (English-English). Mungkin anda akan terjumpa simbol berbentuk cacing, epal dan sebagainya. Don’t give up, explore seberapa banyak perkataan kerana ini dapat membantu pemahaman anda di kelas virtual kita yang kedua nanti.

Jika anda punyai sebarang pertanyaan mengenai topik ini, sila tinggalkan mesej di bahagian “comments”.

Jumpa lagi!

May 01, 2007

Tip: Teknik Mudah Sebutan Tepat

Aslm and Good Day!

Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat sejahtera dan ceria. Minggu ini saya ingin berkongsi tip mudah menyebut perkataan Bahasa Inggeris.

Ketepatan menyebut perkataan adalah sangat penting di dalam Bahasa Inggeris. Jika tersalah sebut sesuatu perkataan, maka lainlah maknanya nanti. Kesannya, ramai yang keliru, tidak faham dan tersalah anggap. Anda pula bagaimana? Merah pula muka bila rakan tersalah sangka. Tapi tidak mengapa, seperti saya katakan sebelum ini kita semua belajar dari kesilapan dan kesilapan selalunya adalah aset untuk kita berjaya. :-)

Pelajar-pelajar saya juga sering menghadapi masalah menyebut perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang baru dan asing pada mereka. Jikalau tidak saya bantu, maka macam-macam bunyi peliklah kedengaran dalam kelas. Contohnya, perkataan “coup de tat.” Asal perkataan ini dari French dan dipinjam oleh Bahasa Inggeris. Cuba anda sebut? Bagaimana bunyinya? Macam ok? Bagus! Anda berani mencuba, tetapi anda masih tidak pasti sama ada sebutan anda betul atau sebaliknya.

Baiklah, salah satu cara yang boleh membantu anda ialah gunakan link di bawah untuk latihan sebutan. Ianya percuma, anda tidak perlu bayar apa-apa. Saya juga akan membantu anda dengan satu teknik mudah bagaimana menggunakan kamus untuk mendapatkan sebutan dengan ketepatan 99.9%.

Anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang beratus ringgit membeli cd, alat bantu dengar, atau ebook. Saya akan tunjukkan cara paling mudah dan percuma minggu hadapan dan minggu-minggu seterusnya. Jika anda ada masalah berkenaan teknik sebutan ini, dapatkan konsultasi bersama saya melalui YM ataupun email yang juga percuma. Mungkin anda rasa tiada benda yang percuma di dunia ni, tetapi di Blog “English at Fingertips”, anda boleh dapatkan bantuan saya percuma sahaja.

Jumpa anda minggu hadapan ya. Jangan lupa bawa kamus “monolingual” ataupun BI to BI. Saya tidak menggalakkan kamus dwibahasa BI to BM or vice versa kerana kebanyakan kamus dwibahasa tiada “phonetic guide.”

Salam hormat. Jaga diri, kita akan ketemu lagi!


Latih Sebut Disini.
Ten tips to build English vocabulary

Feeling overwhelmed trying to memorize so many vocabulary words? It doesn't need to be a daunting task! Check out these top strategies and practical pointers that can help you build your word power!

*Connect*Write*Draw*Act*Create*Associate*Listen*Choose*Limit*Observe

http://encarta.englishtown.com/sp/article.aspx?articleName=149-vocab&Ctag=149-vocab