June 20, 2008

LADAP SMK KIJAL


ASAS MEMBINA BLOG
(FASA I)

8.45-16.00 P.M

JUNE 21, 2008

Aturcara Kelas
Ceramah&Penerangan Subjek
(30 minit)
Praktikal &Tunjuk ajar
(30 minit)
Latihan Membina Blog oleh Guru-guru& Kerja Berkumpulan
(30 minit)
Persembahan Blog oleh Guru-guru Mengikut Panitia
(30 minit)

Tahap Ilmu BLOG
FASA 1: Asas Membina Blog
FASA 2: Teknik Memantapkan Blog
FASA 3: Teknik Menarik Ramai Pengguna Internet ke Blog
FASA 4: Teknik Komersilkan Blog
IT SKILLS SURVEY

1. Sila pilih IT Skills & IT Items di bawah yang ingin anda pelajari.


[ ] Skype --[ ] Mindmeister--[ ] Flickr

[ ] Audacity--[ ] Flash--[ ] Swish--[ ] Scratch

[ ] Ebook--[ ] Youtube--[ ] Facebook--[ ] Wikipedia

[ ] Radioblog--[ ] eSnips--[ ] eZine--[ ] MSN Encarta

[ ] Picknik--[ ] Microworld--[ ] GoogleEarth

[ ] keep.vid--[ ] save.file--[ ] pdf.converter

[ ] Blogger--[ ] Dogpile--[ ] RSS Feeds


2. Poskan jawapan anda dengan mengklik link "comments" di ruangan bawah artikel ini.

3. Sila taip pilihan IT Skills anda dan email anda dalam kotak "Leave Comment".

4. Klik bulatan kecil "Email to idazmy@yahoo.com".

5. Klik butang "Publish Comment".

Terima Kasih.

FASA 1: ASAS MEMBINA BLOG

APA ITU BLOG ?

- Blog ialah ringkasan daripada perkataan weblog.

- Istilah “weBlog” diperkenalkan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Kemudian disingkatkan kepada "blog" oleh Peter Merholz.

- Blog ialah “online diary” ataupun diari harian atau jurnal maya yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan.

- Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.

- Blog adalah refleksi atau cermin “blogger”;mengenal personaliti atau keperibadian blogger melalui kandungan blognya.

- Para pembaca atau pelawat blog boleh memberi komen pada setiap tulisan atau artikelblogger, tetapi blogger boleh juga menghalang komen daripada dilihat dengan mematikan “comment links.”

-Blog mempunyai tema yang pelbagai mengikut minat atau kepakaran blogger: haiwan peliharaan, bolasepak, Bahasa Inggeris, resipi, politik, agama, sains, animasi, idola, permainan video, lirik dan lagu, dan lain-lain.

- Blog mengandungi teks, audio, muzik, video, bloglinks, weblinks, gambar, animasi, permainan maya, iklan (Adsense), kamus maya, jurnal maya, terjemahan maya percuma, dan lain-lain lagi “widgets”.

- Layout blog juga boleh ditukar ganti dengan mudah dan percuma dengan menggunakan “blog templates” yang boleh didapati daripada blog-blog yang mengkhusus dalam penciptaan laman blog.

- Bahasa Inggeris digunakan dalam arahan pembangunan blog dan tiada blog yang dibina mengikut arahan Bahasa Melayu buat masa ini.

- Namun, blogger boleh menulis dalam Bahasa Melayu.


BAGAIMANA MENGHASILKAN BLOG?

Terdapat 2 kaedah iaitu:

i) menghasilkan sendiri: perlukan kepakaran membuat laman web & php programming

ii) menggunakan khidmat “blog provider” secara percuma : tidak perlukan kepakaran TETAPI perlu tahu Bahasa Inggeris dan rajin “update” isi kandungan blog.


Klik untuk maklumat lanjut:
i)Jorn Barger
ii) Peter Merholz
BLOG PROVIDER PERCUMA DAN POPULAR


i) Blogger.com -Kepunyaan Google.com









ii) Wordpress


CONTOH- CONTOH BLOG


1) Belajar Bahasa Inggeris

http://free-learn-english.blogspot.com


2) Petua dan Resepi Masakan

http://kuali-emas.blogspot.com


3) Diabetes

http://botherdiabetes.blogspot.com


4) Tips Kecantikan & Kesihatan

http://fightbreast.blogspot.com


5) Diari & Cetusan Rasa

http://afisha77.blogspot.com
FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN


1. “Virtual & Interactive Blackboard” untuk P&P.

2. Perkongsian, penambahan dan pengkayaan ilmu oleh ramai bloggers yang terdiri daripada guru-guru sebuah sekolah ataupun gabungan sekolah-sekolah dalam sebuah daerah. (Rujuk "bloglinks")

3.Pihak sekolah tidak memerlukan “website”, “webmaster”, dan kos penyelenggaraan laman web.
Semua guru boleh menguruskan blog masing-masing, sebaik-baiknya mengikut panitia masing-masing tanpa memerlukan pengetahuan PHP programming. (Rujuk “Web Hosting”& “freewebs.com”)

4. Pihak sekolah boleh meletakkan segala maklumat mengenai sekolah dan “bloglinks” semua panitia untuk rujukan semua pihak.

5. Guru-guru boleh berinteraksi atau mengajar pelajar di luar waktu kelas atau semasa cuti sekolah menggunakan blog (rujuk fungsi Skype& email). Pelajar-pelajar boleh mengakses nota dan latihan, mendapatkan konsultasi guru pada bila-bila masa sahaja.

6. Blog juga melatih pelajar dalam penulisan (Bahasa Melayu&Bahasa Inggeris).

7. Ruangan Forum dan Chatroom di blog juga boleh digunakan oleh semua guru untuk membantu para pelajar yang lemah ataupun malu bertanya di dalam kelas.

8. Guru-guru tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk membeli CD ataupun model untuk P&P kerana blog boleh menghubungkan kepada laman-laman web yang mempunyai contoh dan simulasi subjek yang sangat interaktif, global dan PERCUMA. (Rujuk “Online English Sounds & Pronounciation:Randall’s”)

9. Peningkatan pencapaian akademik para pelajar boleh berlaku jika semua guru rajin dan kreatif mengadaptasikan sumber-sumber di internet untuk P&P di blog.

10. Blog boleh merangsang semua deria manusia dengan lebih berkesan melalui “layout” dan “widgets” nya. Penglibatan semua deria dalam proses P&P membolehkan individu menguasai ilmu yang dipelajarinya bukan setakat memahami
.
CONTOH BLOG KOMUNITI SMK KIJAL

http://smk-kijal.blogspot.com/
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA BLOG




Sila ikuti arahan di bawah:

1. Klik sini www.blogger.com

2. Klik butang "Create Your Own Blog" pada laman web "Blogger.com".

3. Daftarkan email anda untuk buka akaun di "Blogger.com".

4. Cipta dan isikan nama blog anda (Blog Title) dan alamat blog anda (Blog url).

5. Taip perkataan yang tertera di "Word Verification", dan klik butang "Continue".

6. Pilih " Blog Template" yang anda suka dengan mengklik di bulatan kecil. Kemudian klik butang "Continue".

7. Klik butang "Start Posting" dan anda boleh menulis dalam kotak yang disediakan. Gunakan "Text Editor" di atas kotak seperti anda menulis di Microsoft Word. "Text Editor" juga mempunyai fungsi lain seperti mengisi HTML code, upload Video, upload gambar dan lain-lain lagi.

8. Tulis apa sahaja ayat dalam kotak Text Editor. Klik pada "Add Image" dan upload gambar dari komputer anda. Klik "Done".

9. Klik "Publish Post".

10. Klik "View Blog in a new Window". Lihatlah hasil tulisan anda di blog ciptaan anda sendiri. Happy? ;-)


NOTA: Anda digalakkan "mengexplore" fungsi dan komponen-komponen dalam blog seperti Posting, Settings, Layout, Page Element dan lain-lain lagi.




LATIHAN MEMBINA BLOG (30 minit)

Anda dikehendaki membina sebuah blog untuk Panitia sekolah. Sila bina blog tersebut berdasarkan kriteria-kriteria asas di bawah. Gunakan kreativiti anda tanpa batasan untuk mencipta blog yang efektif dan terbaik. Selamat mencuba!

BLOG PANITIA anda mestilah:

i) mampu menjadi “virtual blackboard” untuk para pelajar

ii) interaktif dan menggunakan maklumat dan bahan-bahan Internet yang berkaitan dan global sifatnya

iii) menyediakan kemudahan konsultasi dan tutorial kepada pelajar
KOMEN & CADANGAN UNTUK TUTORIAL BLOG

Sila ikuti arahan di bawah untuk menghantar komen dan cadangan anda:

1. Klik sini
idazmy@yahoo.com .
2. Masukkan username dan password anda pada kotak Yahoo Mail.
3. Tekan “Enter” pada keyboard.
4. Taipkan komen anda pada kotak di “Compose Message”.
5. Pastikan anda sudah menaip email saya pada bahagian “To”.
6. Tekan “Send” selepas anda selesai menyemak komen anda.

Terima Kasih.


Sumber Rujukan Mengenai Blog:

http://www.infomalaya.com/blogging-part-1-apa-itu-blog-dan-bagaimana-nak-buat/

http://jknterengganu.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=20

http://www.balipost.co.id/balipostcetak/2006/12/19/ip1.htm

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=1005121100432