January 01, 2007

Bagaimana menyebut matured?

Hi! Hari ini saya ingin berbincang mengenai sebutan perkataan matured. Ramai para pelajar, rakan-rakan, dan orang-orang di sekeliling saya gemar menyebut perkataan matured sebagai /mei-chet/ ( sebutan e seperti sebutan e dalam emak). Sebenarnya sebutan ini salah dan perlu diperbetulkan sebelum mat saleh di luar sana ternganga mendengar sebutan sumbangsih kita semua.;-)

Sebutan matured yang betul ialah /me-chu-et/ ( sebutan bagi kedua-dua e seperti sebutan e dalam emak). Jika anda masih kurang pasti dengan sebutannya, sila klik link dictionary online dan taip perkataan matured. Maksud dan audio sebutan akan terpapar di skrin anda. Klik ikon audio dan anda akan mendengar sebutannya yang tepat.

Matured bermaksud matang dan dewasa. Sinonimnya (synonym) pula ialah sensible dan grown-up dan banyak lagi. Jadi jika kita hendak menggunakan sinonim-sinonimnya, pastikan sinonim bersesuaian dengan konteks ayat kita. Kalau anda keliru tidak mengapa, saya akan cuba jelaskan apakah sinonim dan hubungkaitnya dengan konteks ayat di lain hari ya!

No comments: