February 09, 2007

CINTA MESTI ADA!
Assalamualaikum dan Salam Hormat everyone,

Apa khabar? Sudah agak lama rasanya saya tidak update blog ini dengan informasi terkini. Semestinya saudara-saudari tertanya-tanya kemanakah saya menghilangkan diri merajuk membawa diri..;-)

Sebenarnya saya begitu sibuk menguruskan pelbagai perkara, namun rasa cinta saya kepada blog ini dan anda begitu mendalam dan hari ini saya kembali lagi bertemu anda semua.

Perkara yang paling menarik perhatian saya kali ini ialah mengenai pertanyaan beberapa pengunjung blog yang bertanyakan bagaimana mereka boleh fasih berbahasa Inggeris. Jawapannya begitu mudah, anda semua kena HIDUP BERSAMA BAHASA INGGERIS ataupun seperti saya katakan sebelum ini live, eat, hate, love and sleep in English! Bunyinya agak keterlaluan, tetapi inilah kenyataannya (sila rujuk post saya yang lepas).

Mari kita sama-sama berfikir, kenapa selama 11 hingga 12 tahun ataupun dari darjah 1 hingga tingkatan 5,pelajar-pelajar kita belajar Bahasa Inggeris tetapi masih tidak fasih bertutur hinggalah mereka tamat pengajian di universiti ataupun kolej? Mengapa rasanya? Kebanyakan pelajar hanya belajar apa itu past tense dan present tense dalam bilik darjah sahaja tapi tidak bertutur pun sama ada di dalam kelas jauh sekali di luar kelas.

Belajar Bahasa Inggeris tidak seperti belajar Matematik di mana kita hanya perlu hafal rumus ataupun Fizik dengan formulanya dan Sejarah dengan faktanya. Belajar bahasa, apa-apa sahaja bahasa memerlukan penghayatan, cinta dan pengaplikasiannya. Anda tanyalah mana-mana pakar bahasa sekalipun dan mereka pasti setuju dengan pendapat saya. Jadi sekarang anda tentu sudah mendapat idea bagaimana menguasai dan fasih berbahasa Inggeris. Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil, pupuklah rasa cinta pada Bahasa Inggeris melalui bahan-bahan bacaan, CD karaoke, filem animasi dan pelbagai lagi…yang penting CINTA MESTI ADA!:-)

Di sini saya sertakan sedikit panduan bagaimana anda boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda:

1. Mendengar stesen radio Bahasa Inggeris

2. Menonton berita dan filem Bahasa Inggeris

3. Luangkan masa 15 minit setiap hari membaca suratkhabar, majalah, buku-buku Bahasa Inggeris sambil anda belajar 2 atau 3 perkataan baru.

4. Menonton drama-drama Bahasa Melayu di mana anda boleh belajar daripada English subtitlesnya.

5. Ambil kesempatan bertutur Bahasa Inggeris bersama rakan-rakan, guru atau sesiapa sahaja tapi jangan pulak test power dengan pakcik kantin kecuali pakcik kantin memang suka speaking.:-)

6. Dengar dan hayati maksud lagu-lagu Bahasa Inggeris. Tak faham liriknya? Tanya kawan atau lihat maksud dalam kamus dan terbaik tanyalah guru Bahasa Inggeris anda.

7. Luaskan pergaulan anda dengan rakan-rakan berbangsa India, Cina, American, British, Nigerian yang memang bertutur dalam Bahasa Inggeris. (Saya dahulu gemar duduk-duduk berbual dengan students UIA dan foreigners di Central Market).

8. Sertai ESL (English as a Second Language) chatroom, forum ataupun blog. Chat dan belajar dengan orang-orang Amerika, Kanada, Britain and other English native speakers secara FREE and LIVE!

9. Berkawan dan belajar dengan rakan-rakan yang major in English ataupun TESL.

10. Luahkan perasaan dan idea anda menerusi penulisan Bahasa Inggeris dalam diari, SMS, surat, blog, sajak dan lain-lain lagi.

Grammar? Takut Grammar salah? Jangan risau anda belajar dari kesilapan. Malu kalau silap? Kalau malu, lupakanlah niat anda untuk menguasai Bahasa Inggeris ini, teruskanlah membisu dan anda tidak pergi kemana pun! Anda tetap di takuk lama.

Semoga Berjaya!

No comments: