June 07, 2007

Apa itu “Diphtongs”?

“Diphtongs” merujuk kepada bunyi yang dihasilkan oleh satu sukukata yang mengandungi dua “vowels.” Contoh: /ai/, /ei/, dan banyak lagi.

Cuba anda klik link di bawah dan kenalpasti semua “diphtongs.” Keliru? Anda boleh mengenalpasti “diphtongs” dengan begitu mudah sekali kerana “diphtongs” mengandungi DUA VOWELS dan bukannya satu.

Sekarang, mari kita sama-sama kira jumlah “diphtongs” di link ini. Jom! Semua pimpin tangan ya! 1 2 3…Klik.

http://esl.about.com/library/weekly/aa040998.htm

Berapa “diphtongs” yang anda dapat? 5? 10? Jawapannya ialah, sembilan sahaja!

Seperti “vowels” dan konsonan, saya harap anda membiasakan diri dengan bentuk dan bunyi “diphtongs” pula. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa mereka perlu mengenalpasti kesemua bentuk asing ini.

Anda perlu mengenalpasti setiap bentuk dan bunyi konsonan, “vowels”, dan “diphtongs” kerana anda akan menggunakan kemahiran ataupun pengetahuan ini untuk menyebut perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang baru dan asing dalam kamus kelak.

Bahagian “phonetic guide” (sebutan) mengandungi gabungan konsonan, “vowels” dan “diphtongs.” Oleh itu, anda perlu membuat latih tubi bagi mengingati setiap simbol dan bunyinya.

Cuba lihat “phonetic guide” bagi setiap perkataan di link terutamanya bahagian “diphtongs.” Perkataan “boy” mempunyai sebutan yang terbentuk daripada gabungan konsonan /b/ dan “diphtongs” /oI /.

Contoh kedua ialah perkataan “sky” /skaI/ yang juga terdiri daripada gabungan konsonan (s, k) dan vowels (a, i).

Cuba anda sebut perkataan ini “coyote” /kaI 'ou tI/. Sebut dengan bantuan simbol fonetik yang saya berikan di sini yang anda boleh dapatkan daripada “monolingual dictionary.” Sukukata kedua disebut dengan lebih jelas kerana terdapatnya tanda “primary stress” /'ou/.
Rujuk bunyi "coyote" di sini
Rujuk "phonetic guide" "coyote" di "monolingual dictionary" anda.
Rujuk "diphtongs" di sini.
http://esl.about.com/library/weekly/aa040998.htm

Bagaimana agaknya jika anda tidak mempunyai “monolingual dictionary” dan tidak tahu bentuk dan bunyi simbol-simbol fonetik ini? Anda mungkin tidak boleh menyebut perkataan-perkataan baru dengan tepat, bukan? Mungkin anda berkata boleh cari di internet. Betul, anda memang bijak! Tetapi bolehkah anda bawa internet ke hulu ke hilir? Tentu boleh dengan laptop. :-)

Namun, saya lebih menggalakkan anda mahirkan diri dan tidak terlalu bergantung kepada
teknologi. Jika ada robot dan seorang guru manusia, yang mana jadi pilihan untuk anda belajar? Samalah juga seperti menghafal teori satu buku tanpa latihan ataupun praktikal. Pada pendapat saya, ilmu perlu difahami sepenuh hati bukan hanya untuk dipelajari.;-)

Selamat belajar!

No comments: