June 20, 2008

FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN


1. “Virtual & Interactive Blackboard” untuk P&P.

2. Perkongsian, penambahan dan pengkayaan ilmu oleh ramai bloggers yang terdiri daripada guru-guru sebuah sekolah ataupun gabungan sekolah-sekolah dalam sebuah daerah. (Rujuk "bloglinks")

3.Pihak sekolah tidak memerlukan “website”, “webmaster”, dan kos penyelenggaraan laman web.
Semua guru boleh menguruskan blog masing-masing, sebaik-baiknya mengikut panitia masing-masing tanpa memerlukan pengetahuan PHP programming. (Rujuk “Web Hosting”& “freewebs.com”)

4. Pihak sekolah boleh meletakkan segala maklumat mengenai sekolah dan “bloglinks” semua panitia untuk rujukan semua pihak.

5. Guru-guru boleh berinteraksi atau mengajar pelajar di luar waktu kelas atau semasa cuti sekolah menggunakan blog (rujuk fungsi Skype& email). Pelajar-pelajar boleh mengakses nota dan latihan, mendapatkan konsultasi guru pada bila-bila masa sahaja.

6. Blog juga melatih pelajar dalam penulisan (Bahasa Melayu&Bahasa Inggeris).

7. Ruangan Forum dan Chatroom di blog juga boleh digunakan oleh semua guru untuk membantu para pelajar yang lemah ataupun malu bertanya di dalam kelas.

8. Guru-guru tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk membeli CD ataupun model untuk P&P kerana blog boleh menghubungkan kepada laman-laman web yang mempunyai contoh dan simulasi subjek yang sangat interaktif, global dan PERCUMA. (Rujuk “Online English Sounds & Pronounciation:Randall’s”)

9. Peningkatan pencapaian akademik para pelajar boleh berlaku jika semua guru rajin dan kreatif mengadaptasikan sumber-sumber di internet untuk P&P di blog.

10. Blog boleh merangsang semua deria manusia dengan lebih berkesan melalui “layout” dan “widgets” nya. Penglibatan semua deria dalam proses P&P membolehkan individu menguasai ilmu yang dipelajarinya bukan setakat memahami
.

No comments: