June 20, 2008

FASA 1: ASAS MEMBINA BLOG

APA ITU BLOG ?

- Blog ialah ringkasan daripada perkataan weblog.

- Istilah “weBlog” diperkenalkan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Kemudian disingkatkan kepada "blog" oleh Peter Merholz.

- Blog ialah “online diary” ataupun diari harian atau jurnal maya yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan.

- Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.

- Blog adalah refleksi atau cermin “blogger”;mengenal personaliti atau keperibadian blogger melalui kandungan blognya.

- Para pembaca atau pelawat blog boleh memberi komen pada setiap tulisan atau artikelblogger, tetapi blogger boleh juga menghalang komen daripada dilihat dengan mematikan “comment links.”

-Blog mempunyai tema yang pelbagai mengikut minat atau kepakaran blogger: haiwan peliharaan, bolasepak, Bahasa Inggeris, resipi, politik, agama, sains, animasi, idola, permainan video, lirik dan lagu, dan lain-lain.

- Blog mengandungi teks, audio, muzik, video, bloglinks, weblinks, gambar, animasi, permainan maya, iklan (Adsense), kamus maya, jurnal maya, terjemahan maya percuma, dan lain-lain lagi “widgets”.

- Layout blog juga boleh ditukar ganti dengan mudah dan percuma dengan menggunakan “blog templates” yang boleh didapati daripada blog-blog yang mengkhusus dalam penciptaan laman blog.

- Bahasa Inggeris digunakan dalam arahan pembangunan blog dan tiada blog yang dibina mengikut arahan Bahasa Melayu buat masa ini.

- Namun, blogger boleh menulis dalam Bahasa Melayu.


BAGAIMANA MENGHASILKAN BLOG?

Terdapat 2 kaedah iaitu:

i) menghasilkan sendiri: perlukan kepakaran membuat laman web & php programming

ii) menggunakan khidmat “blog provider” secara percuma : tidak perlukan kepakaran TETAPI perlu tahu Bahasa Inggeris dan rajin “update” isi kandungan blog.


Klik untuk maklumat lanjut:
i)Jorn Barger
ii) Peter Merholz

No comments: