December 21, 2006

Bahasa Melayu or English?

Aslm dan salam sejahtera semua! Diharapkan anda semua sihat dan ceria bersama keluarga. Bagi yang muram durja tidak mengapa, kawan-kawan kan ada?;-)
Saya rasa mungkin ramai juga di kalangan anda tertanya-tanya kenapa pula saya menulis dalam bahasa Melayu. Nak tahu mengapa? Sebenarnya, ini adalah kehendak sebahagian besar para pembaca blog ini. Mereka lebih mudah memahami isi kandungan artikel saya sekiranya ditulis dalam bahasa Melayu.

Tak setuju? Ya, saya sebenarnya tidak setuju juga dengan cadangan tersebut. Semasa saya belajar menjadi guru bahasa Inggeris (TESL), saya telah diasuh dan diarah supaya jangan sesekali bertutur di dalam bahasa Melayu dengan pelajar-pelajar, jauh sekali untuk menterjemahkan setiap butir kata dalam teks-teks bahasa Inggeris. Walaupun pelajar-pelajar merayu, saya mesti buat muka selamba tak tahu. Ini kerana, lambat laun para pelajar akan mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Inggeris supaya dapat memahami saya ataupun pertuturan saya menjadi ikutan mereka. (Students, now you know why I always talk in English with you).

Tapi kenapa pulak tulis dalam bahasa Melayu ni, cik Bedah oi? Supaya semua orang boleh faham apa yang saya tulis. Tetapi saya perlu ingatkan anda semua tentang satu perkara “You’ve got to eat, sleep, love, hate, and live in English if you really want to be good at it.” Kata-kata azimat profesor saya ni masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai la ni. Jadi, tuan-puan semua fikirkanlah. Tetapi takdela saya suruh kita semua lupakan bahasa ibunda kita dan hidup ala Barat.
Kesimpulannya, mungkin satu atau dua daripada empat artikel yang bakal saya tulis setiap minggu nanti adalah dalam bahasa Melayu. Ya, ya! Saya tahu anda suka. Mari tepuk tangan bersama-sama! Cuma, saya galakkan anda supaya write and chat with me in English. Penggunaan bahasa Melayu dalam artikel saya adalah sekadar membantu pemahaman bukan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Anggaplah blog ini seperti salah satu ruangan bahasa Profesor Adibah Amin yang menggunakan dua bahasa (dwibahasa). Sekian, jumpa lagi!

No comments: