Massage or Message?
Saya sering mendapati pelajar-pelajar selalu membuat kesilapan ejaan untuk kedua-dua perkataan di atas. Walaupun nampak seperti kesilapan kecil tetapi impak bagi maksud adalah amat besar…(serius plak cikgu malam nie…hekhek.)
Massage bermaksud urutan (noun) ataupun mengurut (verb).
Contoh ayat:
I will give you a face massage. (noun)
I will massage your face. (verb)
Message bermaksud mesej ataupun pesanan (noun).
Contoh ayat:
I leave a message on her desk. (noun)
Cuba lihat ayat-ayat di bawah. Mesti kelakarkan kalau kita tersalah eja. Tetapi tak mengapa, kitakan belajar dari kesilapan.
Contoh-contoh kesilapan ejaan membawa maksud yang berbeza:
Please leave me a massage if I’m not around.
A massage in a bottle.
She will message my body.
Baiklah, selain ejaan dan maksud, sebutan bagi kedua-dua perkataan ini juga berbeza. Jadi berhati-hatilah bile menyebutnya ye.
Massage (sebutannya ialah /masaj/ di dalam sebutan bahasa Melayu).
Message (sebutannya ialah /meisej/ di dalam sebutan bahasa Melayu).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment