May 08, 2007

English Sound System: Consonants, Vowels, and Diphtongs


Selamat petang,semua!

Selalunya saya menulis waktu pagi tetapi kali ini dah dekat nak senja. Bagaimana anda hari ini? Ada perkara menarik berlaku hari ini? Kalau ada, bolehlah berkongsi cerita nanti ya.

Baiklah, kita sambung kelas senja kita kali ini dengan jenis-jenis simbol fonetik. Oh, ya! Sudahkah anda kenalpasti dimana letaknya “phonetic guide” di dalam kamus anda? Jika anda tidak jumpa bahagian ini, kemungkinan besar kamus anda bukanlah “standard dictionary” seperti Cambridge Dictionary ataupun Longman Dictionary. Mungkin juga kamus anda adalah dwibahasa.

Untuk makluman, semua sebutan dalam Bahasa Inggeris adalah terhasil daripada 26 huruf yang membentuk 44 bunyi. Bunyi-bunyi ini datang dalam bentuk-bentuk berbeza di antara satu sama lain yang dikenali sebagai “phonetic symbols.”

Simbol-simbol fonetik ini saya klasifikasikan kepada 3 kumpulan:

i) Vowels
ii) Consonants
iii) Diphtongs


Apa itu “Vowels”?
“Vowels” ialah huruf-huruf seperti a e i o u. Sila klik link di bawah untuk mengenalpasti bentuk dan bunyi yang dihasilkan oleh setiap vowels. Fokus pada bentuk dan latih sebut berkali-kali.

http://esl.about.com/library/listening/blIPAvowels.htm


*Diphtongs: the sound made when one syllable (sukukata) contains two vowel sounds.
Example: ai / ei


Latih Tubi 1: LAKAR BENTUK

1. Ambil kertas dan tuliskan kembali simbol-simbol vowels yang anda lihat dari link sebentar tadi. Jangan rujuk link, kecuali anda telah tuliskan kesemua simbol.

2. Rujuk dan periksa simbol-simbol anda dengan jawapan di link.

3. Kira berapa peratus anda perolehi untuk simbol-simbol tepat.

4. Jika kurang daripada 50%, anda boleh ulangi langkah 1-4 sehinggalah anda mahir dan perolehi 70% ke atas.

5. Anda dinasihatkan jangan sesekali rujuk link, kecuali anda telah selesai melakar kesemua atau hampir keseluruhan bentuk simbol vowels.

6. Jangan putus asa!

7. Jangan malas! :>


Latih Tubi 2: SEBUTAN & BENTUK

1. Copy paste simbol-simbol vowels dan print out.

2. Perhatikan simbol-simbol yang telah anda cetak. Cuba sebut setiap simbol satu persatu tanpa rujuk link.

3. Ingat! Sebut dahulu, baru boleh klik link ya.

4. Ulangi latihan ini dari langkah 1-3, bertubi-tubi sampai anda mahir.

Sampai di sini sahaja untuk hari ini. Saya harap anda berlatih mengenalpasti vowels ini sampai mahir. Bercakap pasal mahir, latihan ini mungkin mengambil masa dalam seminggu atau lebih jika anda tidak punyai masa. So take your time. Saya akan menyusul lagi dengan topik consonants di kelas ketiga kita.

Jaga diri! Assalamualaikum.

No comments: