May 01, 2007

Tip: Teknik Mudah Sebutan Tepat

Aslm and Good Day!

Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat sejahtera dan ceria. Minggu ini saya ingin berkongsi tip mudah menyebut perkataan Bahasa Inggeris.

Ketepatan menyebut perkataan adalah sangat penting di dalam Bahasa Inggeris. Jika tersalah sebut sesuatu perkataan, maka lainlah maknanya nanti. Kesannya, ramai yang keliru, tidak faham dan tersalah anggap. Anda pula bagaimana? Merah pula muka bila rakan tersalah sangka. Tapi tidak mengapa, seperti saya katakan sebelum ini kita semua belajar dari kesilapan dan kesilapan selalunya adalah aset untuk kita berjaya. :-)

Pelajar-pelajar saya juga sering menghadapi masalah menyebut perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang baru dan asing pada mereka. Jikalau tidak saya bantu, maka macam-macam bunyi peliklah kedengaran dalam kelas. Contohnya, perkataan “coup de tat.” Asal perkataan ini dari French dan dipinjam oleh Bahasa Inggeris. Cuba anda sebut? Bagaimana bunyinya? Macam ok? Bagus! Anda berani mencuba, tetapi anda masih tidak pasti sama ada sebutan anda betul atau sebaliknya.

Baiklah, salah satu cara yang boleh membantu anda ialah gunakan link di bawah untuk latihan sebutan. Ianya percuma, anda tidak perlu bayar apa-apa. Saya juga akan membantu anda dengan satu teknik mudah bagaimana menggunakan kamus untuk mendapatkan sebutan dengan ketepatan 99.9%.

Anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang beratus ringgit membeli cd, alat bantu dengar, atau ebook. Saya akan tunjukkan cara paling mudah dan percuma minggu hadapan dan minggu-minggu seterusnya. Jika anda ada masalah berkenaan teknik sebutan ini, dapatkan konsultasi bersama saya melalui YM ataupun email yang juga percuma. Mungkin anda rasa tiada benda yang percuma di dunia ni, tetapi di Blog “English at Fingertips”, anda boleh dapatkan bantuan saya percuma sahaja.

Jumpa anda minggu hadapan ya. Jangan lupa bawa kamus “monolingual” ataupun BI to BI. Saya tidak menggalakkan kamus dwibahasa BI to BM or vice versa kerana kebanyakan kamus dwibahasa tiada “phonetic guide.”

Salam hormat. Jaga diri, kita akan ketemu lagi!


Latih Sebut Disini.

No comments: